23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

5 Iklan Raya 2022 Pilihan Terbaik MURAI & Paling Tinggi Jumlah Tontonan Di Youtube

Seperti biasa menjelang beberapa hari lagi nak raya, banyak iklan raya dari pelbagai agensi dan syarikat terkemuka muncul menyajikan jalan cerita yang mampu menambat hati penonton. Rata-rata netizen cukup terhibur malah terkesan dengan mesej-mesej yang disampaikan melalui iklan yang dikeluarkan samaada di TV mahupun di media sosial. Ada yang betul-betul mencuit hati tak kurang juga menyentuh hati.

Jika tahun-tahun sebelum ini kami menghimpunkan koleksi iklan raya yang paling lucu dan menyentuh hati, namun tahun ini kami di Murai MY senaraikan yang paling tinggi tontonan di Youtube. Jom sama-sama kita lihat, iklan mana yang menjadi juara bagi tahun 2022.

5. Iklan Raya MR.DIY 2022: Ke Pangkuan

Tahun ini, MR. DIY mempersembahkan iklan raya dengan sebuah filem pendek yang mengisahkan seorang anak yang merindukan ibunya yang lama tak berhubung.  Mampukah mereka kembali bahagia bersama. Iklan raya ini meraih lebih dari 3.1 Juta tontonan. Saksikan video di bawah.

4. SAFI Raya Kau Hijau 2.0 | Iklan Raya 2022

Dengan meraih lebih 3.2 juta tontonan, iklan raya dari SAFI ini menduduki tempat ke 4 setakat ini. SAFI dengan slogan Raya Kau Hijau 2.0, mempersembahkan filem pendek mencuit hatiketika berkumpul bersama keluarga tercinta. Iklan raya daripada SAFI Malaysia ini dibintangi pelakon popular Amy Mastura, Aniq Suhair, Jaja Iliyes & Amyra Rosli.

3. RHB Raya 2022: Sama, Bersama

Tempat ke-3 jatuh kepada iklan raya daripada RHB berjudul Sama, Bersama. Dengan jumlah tontonan melebihi 3.6 Juta, filem pendek ini mempunyai mesej yang begitu memberi pengajaran. Malah ia membuka mata ramai orang tentang orang pelarian di Malaysia dalam menyambut hari raya.

2. #WatsonsRaya2022 – Gaya Raya Luar Biasa

Melengkapkan kemeriahan tahun ini, ada kejutan dan sesuatu yang luar biasa dari Watsons. Dengan meraih jumlah tontonan sebanyak 5.6 juta,  Watsons melancarkan sebuah iklan raya yang menampilkan barisan artis terkenal Malaysia seperti Ayda Jebat dan Nabil Mahir. Jalan ceritanya mereka dalam perjalanan balik ke kampung di bulan pada tahun 2075. Agak-agaknya memang begini ke suasana beraya di kampung kalau di bulan ya? Terkejut juga tengok anggota polis pun guna hologram. Memang luar biasa lah!

Jom saksikan video di bawah.

1. #KembaliAidilfitri – Iklan Raya BoBoiBoy 2022

Juara iklan raya tahun ini jatuh kepada Iklan Raya BoBoiBoy 2022 berjudul Kembali Aidilfitri. Sehingga artikel ini ditulis, iklan raya unik ini meraih lebih dari 5.7 juta tontonan. Filem pendek animasi ini mengisahkan  Tok Aba pulang ke rumah lamanya di Kota Hilir sambil ditemani oleh BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

Banyak lagi iklan raya yang menarik boleh di tonton di laman Youtube, antaranya iklan raya daripada Tenaga Nasional Berhad, Petronas, Food Panda, dan banyak lagi. Jadi yang mana satu yang anda suka? Boleh kongsi kepada kami di ruangan komen.

Apa-apa pun di kesempatan ini kami di Murai MY mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca setia Murai. Selamat Hari Raya!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.