30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

7 Resipi Popia – Koleksi Resipi Popia Terbaik


Popia memang sedap, mudah didapati dan disediakan dalam pelbagai cara. Popia terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kulit, isi dan kuah. Secara tradisinya, hidangan popia yang lengkap di Malaysia adalah berupa popia goreng dengan sos atau sambal khas.

Popia Malaysia ada tiga versi, cicah, siap calit kuah dan basah. Selain sayur, terdapat juga jenis popia yang menggabungkan bahan lain seperti coklat, cheese atau pisang. Popia sangat sesuai dijadikan sebagai juadah minum petang.

Berikut adalah 7 jenis resipi popia yang anda boleh cuba.

1. Popia Goreng Inti Sayur

Kredit: Sloppy Kitchen

Bahan-bahan untuk popia:

  • Tepung gandum + Air (untuk dijadikan ‘gam’)
  • 1/2 biji bawang Holland
  • Timun (dipotong memanjang)
  • Lobak merah (dipotong memanjang)
  • Kobis (dipotong memanjang)
  • 1 kiub ayam (Kalau tiada, boleh ganti dengan Maggi CukupRasa atau garam)
  • Kulit popia (spring roll pastry)
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk sos:

  • 1 sudu makan cuka
  • 2 sudu makan asam jawa
  • 1/2 cawan air
  • 3 sudu makan Cili kisar
  • 5 sudu makan Gula pasir

2. Popia Carbonara Cheese

Kredit: Buat Orang Lapo

Bahan untuk inti:

  • 1/2 Bawang Holland
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 200 gram Ayam Cincang
  • 3 Sosej
  • 300 gram Sos Karbonara (1 Tin)
  • 2 Keju Cheddar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan untuk penyediaan popia:

  • Kulit Popiah
  • Lobak Merah
  • Telur
  • Keju Cheddar
  • Minyak untuk menggoreng

3. Popia Goreng Bersira – Manis, Pedas & Rangup

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan untuk inti:

  • 1/2 biji sengkuang
  • 1 biji karot
  • 3 ekor udang
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Gula dan Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk popia:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit air

Bahan-bahan untuk sambal:

  • 2 sudu besar pes bawang merah dan bawang putih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar gula
  • Sedikit garam

4. Popia Basah Yang Sedap & Mudah

Kredit: Sarahan Channel

Bahan-bahan untuk kulit:

  • 4 Cawan tepung gandum
  • 1 Biji putih telur
  • 1 Camca garam
  • 1 Sudu cuka
  • Air secukupnya

Bahan-bahan untuk inti:

  • Lobak hiris direbus
  • Tauge hiris direbus
  • Sengkuang hiris
  • Timun hiris

Bahan-bahan untuk sos:

  • 2 Cawan cili kisar
  • 10 Ulas bawang putih
  • 3 Ulas bawang merah
  • 2 Cawan gula pasir
  • 1/2 Cawan gula merah
  • 1 Cawan air asam jawa
  • 2 Sudu tepung jagung
  • Garam secukup rasa

5. Popia Bergedil & Sambal Kicap (dan Teknik Membalut Popia)

Kredit: Tebuan Channel

Bahan-bahan untuk inti:

  • 5 biji ubi kentang (direbus)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • Bawang merah (dihiris)
  • 200 gram isi ayam kisar
  • Serbuk perasa (boleh juga ganti dgn Maggi cukup rasa)
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 sudu hirisan daun bawang
  • 2 sudu hirisan daun sup
  • 2 sudu hirisan cili merah
  • Sedikit minyak

Bahan-bahan untuk kulit popia:

  • 2 sudu tepung gandum + air (sebagai gam)
  • Kulit popia
  • 3 biji telur ayam

Bahan-bahan untuk sambal kicap:

  • 8 cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Kicap manis (secukup rasa)
  • Sedikit minyak
  • 1/2 sudu kecil gula (atau secukup rasa)
  • 2 cubit garam

6. Popia Ala Vietnam (Vietnamese Spring Rolls) & Sos Pedas

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan untuk popia:

  • Bihun atau suhun
  • Timun
  • Lada benggala
  • Daun bawang
  • Daun ketumbar
  • Lobak merah
  • Kulit popiah vietnam
  • Udang
  • Jejari ketam
  • Daun salad

Bahan-bahan untuk sos pencicah:

  • 1 mangkuk kecil kacang tanah
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 2 biji cili merah
  • 2-3 tangkai cili padi
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Sedikit gula
  • ½-1 sudu besar tepung jagung
  • 2-3 sudu besar jus limau nipis
  • Secubit garam

7. Popia Pisang @ Popis (Coklat, Cheese, Nutella & Biscoff)

Kredit: Zaidah Ibrahim Food Studio

Bahan-bahan utk popia:

  • Pisang berangan
  • Kulit popia
  • Tepung gandum + air (sebagai gam)

Bahan-bahan taburan:

  • Cheese
  • Coklat parut
  • Nutella
  • Biscoff spread

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.