29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

9 Resipi Cheese Cake – Koleksi Resipi Cheese Cake Terbaik


Cheese cake ialah sejenis kek yang berasaskan krim keju (cream cheese) dan ia mempunyai tektur yang lembut serta rasa yang manis dan berlemak.

Kek ini biasanya dihiasi dengan topping pelbagai perisa pada bahagian atas. Bahagian bawah kek ini pula terdapat lapisan kerak atau ‘crust’ yang diperbuat daripada serpihan biskut.

Kek cheese lazimnya agak mudah untuk dibuat. Namun, sedikit kemahiran asas masih penting bagi memastikan kek ini berjaya dihasilkan. Oleh itu, pastikan anda rujuk dahulu 9 resipi cheese cake beserta teknik pembuatannya di bawah ini.

1. Cheese Cake Gebu Ala Jepun | Japanese Cheese Cake

Kredit: Ariana Sofia Ahmad

Bahan-bahan:

  • Cream cheese – 250g
  • Mentega – 30g
  • Tepung Kek – 60g
  • Susu segar – 80ml
  • Telur – 5 biji (gred B)
  • Gula Halus – 150g
  • Jus Lemon – 1 sudu kecil
  • Air panas (letak dalam loyang semasa bakar)

Tips:

  • Tengok keadaan kek yang dibakar ketika 15-20 minit terakhir sebelum kek siap masak.
  • Kalau sudah nampak burn dan naik tinggi, boleh pendekkan sedikit tempoh membakar.
  • Jika masih belum masak, panjangkan tempoh membakar pada suhu 120c.
  • Setiap orang ada oven yang berbeza, kalau oven kecil, tempoh memasak adalah lebih cepat (kalau guna suhu yang sama).
  • Bila kek sudah masak, saiznya akan menurun sedikit. Tetapi jika turun lebih dari satu inci, itu bermakna kek masih belum masak sepenuhnya.
  • Kurangkan suhu membakar untuk mengelakkan kek menjadi hangus.

2. Basque Burnt Cheese Cake | Kek Keju Ala Spain

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan:

  • 500g krim keju
  • ⅔ cawan / 150g gula kastor
  • 4 biji telur saiz B (Kalau Saiz A, guna 3 biji)
  • 1 cawan / 250ml dairy whipping cream
  • 2 sudu besar / 15g tepung gandum
  • ¼ sudu kecil garam halus
  • 1 sudu besar jus lemon

Tips:

  • Untuk menjadikan kek ini lebih sedap, boleh cuba ‘underbake’ – luar nampak burn, tapi dalamnya masih lembut. Kurangkan masa membakar jika mahu.

3. No Bake Lotus Biscoff Cheesecake | Kek Keju Biscoff Tanpa Bakar

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan utama:

  • 1 bungkus / 156g biskut Lotus Biscoff
  • 5 sudu besar / 71g mentega
  • 500g cream cheese
  • ¼ cawan / 32g gula aising (boleh kurangkan kepada 3 sudu besar untuk rendahkan tahap manis)
  • 260g Lotus Biscoff Spread Smooth
  • ⅛ sudu kecil garam halus
  • 1 cawan / 250ml dairy whipping cream

Bahan untuk hiasan:

  • 140g Lotus Biscoff Spread Smooth
  • 2 sudu besar serbuk biskut Lotus Biscoff

4. Kek Mango Cheese (Tanpa Guna Oven)

Kredit: Limau Nipis

Saiz loyang bulat: 7 inci

Bahan Lapisan bawah:

  • 150g biskut marie
  • 70g mentega (dicairkan)

Bahan Lapisan tengah:

  • 250g cream cheese
  • 60g gula kastor
  • 1 sudu besar jus lemon
  • Mangga kisar (1 biji)
  • 1 sudu besar serbuk gelatin
  • 200ml dairy whipping cream
  • 1/2 biji mangga (potong dadu)

Bahan Lapisan atas:

  • Mangga kisar (1 biji)
  • 3 sudu besar air gula
  • 1 sudu besar serbuk gelatin

5. Oreo Cheese Cake (Tanpa Bakar, Tanpa Gelatin)

Kredit: Buat Orang Lapo

Bahan untuk bahagian bawah (crust):

  • 200 gram Oreo
  • 50 gram butter (cairkan)

Bahan untuk bahagian atas (cheese):

  • 250 gram cream cheese
  • 80 gram gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 250 ml whipping cream (non-dairy)
  • 7-8 keping Oreo (patah-patahkan)

6. Blueberry New York Cheese Cake (Versi Bakar Yg Mudah)

Kredit: Tim Greenturae

Bahan untuk buat Blueberry Compote (Sos Blueberry):

  • 125g Buah Blueberry
  • 2 sudu besar air panas
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil garam

Nota: Campurkan semua bahan dan masukkan dalam microwave selama 5 minit. Selepas itu kacau sehingga sebati. Tambah sedikit air kalau terlalu pekat.

Bahan Untuk Crust / Kerak:

  • 100g biskut Marie
  • 80g butter

Nota: Boleh tukar Oreo jika mahu.

Bahan Untuk Kek Keju:

  • 250g cream cheese
  • 1 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur saiz B
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar jus lemon
  • Vanilla esen (kalau mahu)
  • Garam sikit

Bahan untuk hiasan/topping:

  • Blueberry compote

7. Kek Coklat Cheese Tornado

Kredit: Ariana Sofia Ahmad

Bahan-bahan:

  • Telur – 3 biji (Gred A)
  • Ovalette – 1 sudu besar
  • Gula – ¾ cawan (190g)
  • Esen vanilla – 1 sudu kecil
  • Susu pekat manis – ¾ cawan (180g)
  • Tepung gandum – 2 cawan (220g)
  • Serbuk koko – ¾ cawan (60g)
  • Soda bikarbonat – 1 sudu kecil
  • Serbuk penaik – 1 sudu kecil
  • Minyak masak – 1 cawan (180g)
  • Air panas – 1 cawan (200ml)
  • Krim cheese – 350g
  • Whipping cream – 1 cawan (200ml)
  • Susu pekat manis – ¼ cawan (60g)
  • Dark compound coins – 300g
  • Susu penuh krim – 2 sudu besar
  • Mentega – 1 sudu besar
  • Whipping cream – 1 cawan (250ml)

8. Kek Cheese Leleh Yang Lembut (Sukatan Cawan)

Kredit: Dapur Cik Wa

Bahan-bahan untuk kek:

  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar Ovalette
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan minyak masak (100ml)
  • 1/2 cawan susu cair – 100ml (kalau tiada, boleh guna 1 sudu besar susu pekat dan tambah air sehingga menjadi 1/2 cawan)
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla/oren/pandan
  • 2 cawan/200g tepung naik sendiri/Bluekey (kalau guna tepung gandum, tambah 1 sudu kecil serbuk penaik + 1/2 sudu kecil soda bikarbonat)

Bahan-bahan untuk krim keju:

  • 250g krim keju (sebarang jenama)
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1/4 cawan susu cair (lebihkan jika suka leleh)
  • 200g keju cheddar (diparut untuk topping)

9. Burnt Cheesecake (Guna Air Fryer) – Mudah & Sedap

Kredit: Anep Zahari

Bahan-bahan:

  • 200ml Krim Putar (Whipping Cream)
  • 250 gram Keju Krim (Cream Cheese)
  • 3 Biji Telur Gred A
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 1/2 Cawan Gula
  • 2 sudu besar Tepung Gandum
  • 1 sudu besar Jus Lemon/Perahan Lemon

Nota:

  • 1st Bake: Bakar pada suhu 180c selama 25 minit.
  • 2nd Bake: Bakar pada suhu 160c selama 15 minit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.