29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Aaron Aziz Berkongsi Momen Manis dengan Isteri, Komen Johan Menarik Perhatian!

Umum mengetahui pelakon Aaron Aziz sekeluarga telah berada di Jepun sejak minggu lalu bagi menghadiri majlis konvokesyen putera sulungnya, Danish Anaqi yang berjaya memperoleh pra diploma di UWC ISAK, Karuizawa, Jepun.

Apa yang mencuri perhatian adalah perkongsian Aaron di Instagram yang memuatnaik foto dirinya bersama isteri, Diyana Halik berserta kapsyen yang memberikan ‘hint’ bahawa isterinya akan membeli belah di negara matahari terbit itu.

“Masya Allah bila di Tokyo mula lah lentok lentok kepalanya. Semoga abang diberikan kekuatan untuk menghalang apa yang tak diingini. Yang mana paling bahaya ya?. Itinerary Ma’am besar hari ini Shinjuku dan Shibuya. Tinggal pulak di Ginza. She always took my heart and money away.” – kapsyen Aaron di Instagram

Lihat kiriman ini di Instagram

Kiriman oleh Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Komen Johan Curi Perhatian!

Dalam pada itu, komen pelakon dan pelawak terkenal, Johan Raja Lawak pada hantaran Aaron turut mencuri perhatian, dengan menitipkan nasihat buat Aaron agar membuat persediaan mental di saat isteri menghabiskan duit suami.

“Ingat ye abang @aarondwiaziz mental tu perkukuhkan!! Awak tu suami!! Keras sikit!!. Buat sis ku yang cantik @diyanahalik awak tu isteri takpe habiskan duit suami.

Pastu doa bebanyak supaya dia banyak rezeki..Lentok tu kureng laa. Kena bagi manja lagikk..Tenung muka dia 😈🤣.”-komen Johan Raja Lawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.