21 C
Malaysia
Tuesday, July 2, 2024

Latest Posts

‘Ada Saja Di Rumah, Nak Jaga Privasi Sikit Sekarang Ini’


Pelakon dan usahawan, tampil menjawab pertanyaan seorang wargamaya mengenai rumah tangganya bersama pelakon kacak, Fattah Amin menerusi ruangan komen di Instagram (IG).

Jarang kongsi gambar bersama

Menerusi hantaran tersebut, seorang wargamaya menulis di ruangan komen bertanyakan keberadaan Fattah dan anak mereka iaitu Fatima Aisyah yang dilihat sudah jarang bersama Fazura.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan bahawa sangat sukar untuk melihat posting gambar mereka bertiga bersama di media sosial.

Ada saja di rumah

Tidak melatah, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Manisnya Cinta Di Cappadocia’ itu memaklumkan bahawa suami dan anaknya itu ada sahaja di rumah.

Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, dia dan suami memilih untuk tidak terlalu berkongsi kebahagiaan mereka bagi menjaga privasi keluarga di media sosial.

Tambah Fazura, dia lebih memilih untuk membuat posting mengenai kejadian yang menimpa saudara Islam di Rafah, Palestin.

Ada di rumah, ‘keeping things more private these days’. All eyes on Rafah.

Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Sumber: Instagram Fazura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.