30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Adam Lee Beri Penjelasan Isu Mengamuk Di Kedai Karpet-“Saya Ditugaskan Untuk ‘Prank’ Isteri…”

Selepas tular video di media sosial yang memaparkan pelakon, Adam Lee bergaduh dengan seorang lelaki di sebuah kedai karpet milik Dazrin Kamarudin sehingga menimbulkan andaian negatif dari sesetengah pihak, Adam akhirnya tampil memberikan penjelasan berhubung video yang tular tersebut.

@dazrin88

Dari rakaman cctv.. Niat datang nak tengok2 carpet and review.. last2 jadi hal.. sorry semua 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 @Al Aqsa Carpets @AdamLee @Sweet Qismina @❤️ #bosskarpets #alaqsacarpets #dazrin88 #teamdazrin #carpet #premium #shahalam

♬ original sound – Dazrin88 – Dazrin88

“Saya Ditugaskan Untuk Prank Isteri Saya Dalam Sebuah Program…”

Menurut Adam menerusi hantaran di Instagram, menjelaskan bahawa dia dan isterinya, Sweet Qismina tidak ada kena mengena dengan ‘marketing’ yang dikeluarkan dari mana-mana pihak.

“Saya ditugaskan untuk prank isteri saya dalam sebuah program dan tidak ada kata setuju untuk dikeluarkan sebagai ‘marketing purpose’. Kami sendiri terkejut dengan apa yang dah terjadi, minta maaf jika ia telah menjadi satu perbualan hingga ada yang membuat andaian sendiri secara negatif.

Video itu pula dikeluarkan selepas penggambaran, jadi kami tak tahu langsung tentang apa yang terjadi. Kami berharap tiada lagi spekulasi berkenaan video prank tersebut. Yang mana boleh delete atau betulkan balik kenyataan, please do so.”-tulis Adam Lee di Instagram

Mohon Maaf Kepada Pihak Media

Dalam pada itu, isteri kepada Adam, iaitu Sweet Qismina turut memohon maaf kepada pihak media disebabkan tindakannya yang tidak menjawab panggilan telefon kerana bimbang bakal memberikan pelbagai jawapan.

“Maaf kepada media yang call. Bukan tak nak jawab persoalan, takut pelbagai jawapan dikeluarkan nanti. Ini kenyataan kami.”-tulis Sweet Qismina

Apa komen anda?.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.