30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Adik Tom Holland Terbabit Dalam Filem Spider-Man 3?

Beberapa keping foto yang diambil oleh Just Jared di set penggambaran filem Marvel Studios, Spider-Man 3 di Atlanta telah tular di media sosial.

Adik Tom Holland Dalam Spider-Man 3?

Menariknya mengenai foto tersebut bukan sahaja memperlihatkan pelakonnya, Tom Holland memakai sut Spider-Man yang baharu, malah adik Tom, Harry Holland turut dilihat berada di set berkenaan sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi peminat termasuk mengenai pembabitannya dalam sekual filem popular itu.

Memakai Set Keselamatan

Harry yang dilihat memakai set keselamatan abah-abah dan berpakaian santai, menguatkan spekulasi berkenaan namun peminat masih tertanya mengenai watak yang bakal dijayakan olehnya. Terdahulu, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa pihak produksi sedang mencari pelakon yang ingin menjayakan watak seorang ejen dan detektif.

Spider-Man 3 yang dijadualkan tayangannya pada Disember 2021, dikhabarkan sebagai sebuah filem berskala ‘mega’ apabila membabitkan ramai pelakon-pelakon popular termasuklah mereka yang pernah membawakan watak-watak utama filem Spider-Man terdahulu seperti Tobey Maguire, Andrew Garfield, Kirsten Dunst dan Emma Stone.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.