30.7 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Adira Suhaimi Hampir Kahwin Dengan Jejaka Kelantan?


Penyanyi mendedahkan dirinya hampir mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka berasal dari Kelantan.

‘Patut jadi orang Kelantan’

Adira Suhaimi

Menurut pemilik nama lengkap Siti Adira Suhaimi, 32, dia bagaimanapun menganggap tiada jodoh antara mereka apabila ikatan pertunangan akhirnya terlerai.

Saya hampir-hampir menjadi orang Kelantan dulu. Sebab bekas tunang saya asal dari Kelantan.

Bekas tunang saya asal dan menetap di situ, tetapi tidak jadi.

Adira berkongsi mengenai perkara itu menerusi sepotong video yang dimuat naik di TikTok @inayahbeautytrading.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas saling berteka-teki siapa jejaka yang dimaksudkan oleh pelantun lagu Ku Ada Kamu itu.

Meskipun Adira tidak mendedahkan nama mana-mana individu, namun segelentir netizen mendakwa bekas tunang yang dimaksudkan adalah seorang ahli politik iaitu Shahrul Nasrun.

Imbas kembali, Adira pernah mengikat tali pertunangan dengan Shahrul pada Disember 2014, namun ikatan itu berakhir pada April 2015.

Adira kemudian pada 3 Disember 2015, di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.

Mahligai yang dibina akhirnya menemui titik nokhtah apabila mereka pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.

Sumber: TikTok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.