22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Aiskrim Jeruk Pauh, Buat Sendiri Lagi Puas! Lama Tak Nampak Orang Jual Ini

Dah lama tak nampak orang menjual Aiskrim Jeruk Pauh ini. Jom buat sendiri di rumah!

Selalu kalau sebut pasal buah mangga, memang selalu terbayang sedapnya kalau dapat cicah! Kalau bukan dengan kuah rojak, paling pun cicah dengan garam pun dah sedap.

Tapi, kalau dah asyik menyicah pun bosan juga kan? Mahu kembung perut makan benda masam je sentiasa.

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Syidah Saiful ni. Mudah je caranya! Yang pasti bila nak makan je, buka tepi terus ambil makan. haaa best kan? Jom cuba!


RESIPI AISKRIM JERUK PAUH

aiskrim jeruh pauh

Bahan-bahan:

  • Mangga
  • Air
  • Garam
  • Gula
  • Plastik aiskrim

Cara-cara membuat: 

1. Potong mangga muda, rendam air garam semalaman. Nanti lihat perubahan warna dari kulit warna hijau sampai jadi warna coklat.

2. Basuh dan toskan lebih kurang 1 -2 jam bagi air betul-betul tersejat keluar kalau tak nanti jeruk akan jadi lembik, tak rapuh.

3. Bancuh air gula. Air gula itu biar manis 2 kali ganda dari buat air biasa. Kacau sebati dan biar betul-betul sejuk.

4. Kalau tak mangga akan jadi lembik. Kemudian barulah masukkan dalam bekas yang berisi mangga yang ditoskan tadi.

5. Perap selama 2 hari, hasilnya memang akan rapuh rangup sedap.

6. Selepas dah matang, proses untuk jadikan aiskrim pula. Masukkan buah mangga jeruk, Lepas tu masukkan pula air jeruk ke dalam plastik aiskrim.

7. Dah siap, masukkan semua aiskrim ke dalam freezer. Bila dah keras sedia untuk makan!


Selamat mencuba resipi ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.