30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Akhirnya , Puteri Sarah Dan Syamsul Hadir Ke Pejabat Jawi

Terdahulu , Syamsul Yusof hadir ke makahamah tetapi tidak mahu melafazkan cerai kepada isterinya , Siti Sarah kerana mengaku masih sayang dan mahu kembali bersama isterinya itu.

Disebabkan itu mereka telah diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur agar melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hari ini , Syamsul Yusof dan Puteri Sarah telah hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pagi tadi bagi sesi perbincangan untuk mencari jalan perdamaian berkenaan hubungan mereka berdua.

Pihak Syamsul hadir dengan ditemani oleh seorang ahli keluarganya berharap dia dapat bertemu dan berbincang dengan Puteri Sarah secara baik.

 

 

“Doakan terbaik. Mudah-mudahan itu yang saya nak. Moga Sarah boleh bincang secara baik dengan saya,” katanya.

Pihak Puteri Sarah pula hadir ditemani adiknya ke sesi tersebut berlangsung namun pertemuan tersebut gagal menemui jalan penyelasaian .

Enggan Berdamai

Malah Puteri Sarah menegaskan yang dirinya tetap mahu bercerai dengan suaminya dan tidak mahu berdamai kerana sudah membuat keputusan untuk berpisah.

Melalui sesi bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) pagi tadi , Puteri Sarah mengakui dirinya meminta untuk berlangsung secara berasingan kerana tidak mahu bersemuka dengan suaminya.

 

Perbincangan menemui jalan buntu , Puteri Sarah berkata jika suaminya enggan melafazkan cerai secara baik , dia akan menggunakan khidmat hakam sebagai alternatif terakhir.
Syamsul nampaknya memang tidak mahu melepaskan Sarah walaupun sudah beberapa kali didesak oleh Sarah dan ahli keluarga kedua belah pihak dan mahukan penyelesaian yang terbaik buat mereka.
Namun beberapa hari lepas Syamsul  telah memfailkan permohonan nusyuz kepada Sarah atas alasan berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang dan meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020.
Malah Sarah dikatakan enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul , berlaku curang serta tidak memberi nafkah zahir dan batin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.