23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Akhirnya Syamsul Yusof Mengaku Sudah Menikah Dengan Ira Kazar

Pengarah penuh kontroversi baru – baru ini , Syamsul Yusof akhirnya sudah mengaku secara terbuka yang dia sudahpun menikah dengan pelakon Ira Kazar di Thailand.

Syamsul dilihat memuat naik video penjelasan berkenaan perkara tersebut tersebut di laman Instagram miliknya pada hari ini dengan kata – kata teguran juga buat isterinya Puteri Sarah agar kembali ke tanah air unutk berbincang dengannya.

Dalam kenyataan tersebut , Syamsul menejelaskan bahawa pernikahan tersebut berwakil walikan oleh bapa Ira sendiri iaitu pelakon veteran Kazar Saisi.

“Saya hendak jelaskan semua ini. Saya nak beritahu bahawa saya dan Ira telah bernikah secara sah dengan berwalikan bapanya Kazaar di Thailand.”

“Sebab kami nikah di Thailand adalah untuk memudahkan beberapa perkara,” jelasnya panjang lebar.

Masih bertanggungjawab

Malah Syamsul mengakui dirinya dan Puteri Sarah masih lagi suami isteri dan masih lagi menjalankan tanggungjawab memberikan nafkah kepada isterinya serta anak- anak mereka.

Tidak mahu perkara tersebut menjadi perbalahan di media sosial lagi ,  Syamsul berharap Puteri Sarah datang berjumpa dengannya untuk berbincang tentang masa depan hubungan mereka yang diambang keretakkan itu.

“Puteri Sarah masih isteri saya dan saya harap Sarah pulanglah ke rumah supaya kita boleh berbincang masalah yang berlaku. Tak perlulah nak hebahkan di media sosial dan mengaibkan saya”

Syamsul mengaku dirinya khilaf dan manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan namun berharap agar keluarga dan orang ramai memahami dirinya.

“Saya tidak mahu membelakangkan sesiapa dalam keputusan yang saya buat ini dan berharap keluarga memahami saya”

“Yang paling penting segala yang berlaku adalah sah disisi syarak , terima kasih kepada orang ramai yang menyokong dan menerima tindakan saya ini.”

“Saya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan dan berharap semuanya dapat diselesaikan dengan baik , Insyaallah.”

Sebelum ini , kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah menjadi topik hangat setelah Puteri Sarah menyaman Ira Kazar kerana didakwa menggangu hidupnya dan membuatnya tertekan.

Sekdar info , Syamsul dan Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah 4.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.