22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

AL-FATIHAH – IBU ENGKU EMRAN KEMBALI KE RAHMATULLAH

“Mohon sedekahkah Al-Fatihah untuk ibu mentua saya, Salmah Abu Bakar yang kembali ke rahmatullah pagi tadi.

“Semoga Allah mengampuninya, rahmatinya, memaafkannya, memuliakan kematiannya,
lapangkan kuburnya dan jadikan syurga sebagai tempat tinggalnya.”

Itulah tulis isteri kepada usahawan Engku Emran iaitu Noor Nabila Mohd Noor, 39, yang memaklumkan ibu kepada suaminya, Salmah Abu Bakar meninggal dunia pada pagi Ahad.

Nabila yang berkongsi berita sedih itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya itu bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematAllahyarham.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Nabila yang merupakan kakak kepada selebriti popular, Noor Neelofa ini turut mendoakan agar Allahyarham ibu mentuanya itu ditempatkan dalam
kalangan orang beriman.

Sementara itu, Engku Emran dilihat mengirinya jenazah ibunya dalam van jenazah untuk di bawa ke tanah perkuburan.

Untuk makluman, Nabila mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran pada Mac tahun lalu dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.