23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Aleya Luah Segalanya Agar Kekal ‘WARAS’

Akhir – akhir ini kedengaran pelbagai berita yang tidak dijangka di kalangan masyarakat akibat tekanan hidup yang tidak menentu.

Rilisan Terbaru

via Luncai Emas

‘Waras’ merupakan rilisan terbaru Luncai Emas Sdn Bhd daripada Album: Joget Made In Malaysia yang disampaikan oleh penyanyi baru , Aleya.

Aleya berasal dari Sandakan, Sabah adalah seorang pelajar jurusan Diploma Seni Muzik tahun keempat di Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM.

Kerjasama Antara Pelajar Dan Pensyarah

Penerbitan single Waras ini adalah kerjasama daripada pensyarah serta pelajar daripada Kolej Pengajian Seni Kreatif UITM yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Ahmad Rithaudin Md Noor selaku penerbit lagu.

Menurut komposer lagu ini, Alwagera, beliau mendapat ilham berdasarkan kisah mereka yang dilanda kesempitan hidup mahupun dalam keadaan tertekan sehingga hilang waras.

Lagu Yang Bakal Diminati

via Luncai Emas

Penggambaran muzik video bagi single Waras ini telah dijalankan dengan arahan oleh Azlan Syah Rashid , seorang pensyarah Fakulti Filem , Teater & Animasi di Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM.

‘Waras’ berpotensi menjadi lagu yang diminati oleh semua golongan. Boleh didengari di semua platform streaming seperti Spotify, Apple Music, Joox, iTunes dll, dan video muziknya juga boleh ditonton di saluran Youtube Luncai Emas bermula 12 Mei.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.