29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Alicia Amin Kesal Kenyataan Punca Cerai Diputarbelit?-“Saya Buat Yang Terbaik Untuk Jaga Aib…”

Umum mengetahui pelakon dan model sensasi, Alicia Amin telah berpisah secara baik dengan suaminya, Dr Farzan Iqbal, Mac lalu.

Terkini, pelakon ini dilihat bersuara terhadap sebuah video temubual media tempatan bersamanya, yang bertanyakan mengenai dirinya itu.

“Editing Video Ini Menjadikannya Seperti….”

Menurut Alicia, editing video berkenaan telah memperlihatkan punca penceraian adalah disebabkan dirinya yang mahu fokus kepada kerjaya, walhal dia sedang menjawab persoalan mengenai adakah dirinya akan berkahwin lagi.

“Rakan menghantar video ini dan saya ada 2 perkara untuk dikatakan. Saya buat yang terbaik untuk jaga aib. Sebab itu saya sangat ‘umum’. Editing video ini menjadikannya seperti ‘fokus pada kerjaya saya’ adalah sebabnya.

Tapi sebenarnya mereka bertanya saya, adakah saya akan kahwin lagi  dan saya dahulukan info itu.”-jelas Alicia

Tertekan Baca Komen Netizen Yang Seksis & Judgemental

Akui bekas suaminya seorang individu yang hebat, Alicia menyatakan bahawa dia rasa tertekan apabila membaca komen netizen yang bersikap terlalu ‘seksis’ dan judgemental.

“Ramai orang mempunyai pelbagai perkara tentang tatu dan lain-lain. Tetapi saya ia buat saya tertekan baca komen mereka yang terlalu seksi dan judgemental.

Wanita layak bersama lelaki yang membenarkan mereka jadi diri sendiri. Bekas suami saya merupakan individu yang sebegitu.

Saya tahu menjadi figura publik meletak saya dalam risiko yang berbeza. Tetapi ianya kelakar bahawa andaian secara automatik jatuh kepada saya, sebagai seorang yang bermasalah.”-tulis Alicia Amin

Sekadar info, Alicia Amin dan Dr Farzan Iqbal pernah mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2021. Namun, membuat keputusan untuk berpisah secara baik pada 2 Mac 2023.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.