22.2 C
Malaysia
Monday, July 1, 2024

Latest Posts

Alicia Amin Sah Bercerai Talak Satu

Pelakon dan model jelita , Alicia Amin telah mengesahkan kepada media yang dirinya sudah bercerai talak satu dengan suaminya, Farzan Iqbal baru – baru ini.

Dalam satu kenyataan , Alicia menjelaskan bahawa mereka bercerai secara baik yang mana ianya adalah kata sepakat antara mereka berdua dan telah memikirkan perkara tersebut terlebuh dahulu sebelum membuat keputusan unutk berpisah.

Malah menafikan yang perpisahan mereka ini disebabkan orang ketiga atau isu lain sehingga menyebabkan mereka berpisah setelah hampir 2 tahun mendirikan rumahtangga bersama.

“Betul, kami dah bercerai secara baik. Kami pergi mahkamah sama-sama dan dia lepaskan saya dengan talak satu.”

 

 

“Selepas hidup bersama sebagai suami isteri selama dua tahun, kami lebih mengenali diri masing-masing dan selepas perbincangan (untuk bercerai), kami putuskan bahawa lebih selesa sebagai kawan sahaja, bukan lagi pasangan suami isteri,” katanya.

Masih Sayang

Alicia mengaku masih sayangkan bekas suaminya itu namun akur kerana merasakan mereka lebih sesuai berteman berbanding menjadi suami isteri .

Malah memuji suaminya sebagai lelaki yang baik serta bertanggungjawab selama mereka bersama dan tidak akan sekali memburukkan bekas suaminya itu.

Tidak mahu memburukkan keadaan dan menjejaskan hubungan baik antara mereka lalu tekad berpisah demi masa depan bersama dan hubungan yang positif.

“Saya masih sayangkan Farzan dan dia seorang lelaki yang baik tetapi, jodoh sampai sini sahaja. Saya tak nak buruk-burukkan bekas suami kerana itu bukan cara saya.”

 

 

“Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dia selalu di klinik sebab kerja sampai lewat malam sebagai doktor, saya pula selalu ke sini ke mari disebabkan kerja sebagai pelakon dan model.”

“Saya berada di Bali, Indonesia selama lebih kurang sebulan baru-baru ini, dan lepas balik, memang dah fikir habis bahawa sampai di sini sahaja jodoh kami. Dia dah keluar dari rumah cara baik dan saya doakan yang terbaik buat Farzan,” jelasnya lagi.

Sekadar info , Alicia berkahwin dengan Farzan iqbal yang juga merupakan seorang doktor di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada Februari 2021 dan pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata. selama perkahwinan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.