30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Alif Muhaimin Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz

Pelakon kacak , Alif Muhaimin semalam sudah sah bergelar suami kepada pasangan pilihannya iaitu Nur Fatin Alissa Azam, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.59 pagi.

Pasangan pengantin baru itu telah dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan iaitu Azam Abdullah di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Masjid Al Ehsan Sungai Serai, Hulu Langat iaitu Ahmad Khaliq Ahmad Rasid.

Alif atau Alif Muhaimin Abdul Rahman, 28, dan pasangannya Nur Fatin Alissa Azam, 21, telah diraikan pada majlis yang diadakan di Ghazi House, Hulu Langat, Selangor.

Semasa majlis tersebut , Alif selaku pihak lelaki turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM15,000 dan sebentuk cincin sebagai tanda pernikahan mereka.

Pihak lelaki juga memberikan lima dulang hantaran cantik berhias dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan.

Berjalan Lancar

Bekas Hero Remaja  memanjatkan rasa syukur kerana majlis yang dirancang berjalan dengan lancar dan memohon doa daripada peminat dan orang ramai agar hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah syukur majlis hari ini berjalan dengan baik dan besar harapan saya agar semua orang dan peminat mendoakan kebahagiaan kami sehingga ke akhir hayat,” katanya .

Bercerita tentang detik perkenalan mereka , Aliff mula berkenalan dengan isterinya pada Disember 2021 dan pada ketika itu hatinya sudah terdetik bahawa Fatin Alissa adalah calon terbaik untuk dijadikan pasangan hidupnya.

“Syukur walaupun dalam tempoh singkat semuanya berjalan lancar. Betul apa kata orang kalau sudah rasa bahagia, masa itu seperti cepat berlalu,” ceritanya.

Selain tertarik dengan kecantikan milik Fatin Alissa, keperibadian dan sikap memahaminya membuatkan hati Aliff tertawan dan ingin memilikinya dengan lebih cepat.

“Saya suka Alissa sebab dia cantik. Kemudian apabila berjumpa dan bersembang saya dapat rasakan dia seorang yang sangat memahami. Saya rasa dihargai.

“Saya tahu tugas sebagai suami bukan mudah. Nak jaga diri sendiri pun susah. Jadi sentiasa berdoa kepada Allah agar saya dapat menjalankan tanggungjawab menjaga isteri,” ujarnya.

Sementara itu, Alif dan Fatin Alissa akan diraikan dalam sebuah majlis kenduri di lokasi sama pada malam Sabtu selain satu lagi resepsi yang akan diadakan di sebuah hotel di Klang pada Ahad.

Sekdar info , pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Oktober 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.