22.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Aliff Syukri Dikecam Netizen Selepas ‘Menyibuk’ Hal Rumah Tangga Shuhada?-“Nak Alih Isu Ke Tu…”

Masih belum reda isu insiden pasu pecah yang turut melibatkan pasangan selebriti, Yana Samsudin dan Fadzil Zahari. Kini, usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kembali mendapat kecaman netizen selepas dikatakan ‘menyibuk’ mengenai hal rumah tangga isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri.

Aliff Mahu Shu Beri Peluang Kedua Kepada Hafidz Roshdi?

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Aliff dilihat membincangkan kemelut rumah tangga Shu dan Hafidz, malah turut meluahkan rasa kasihan melihat keadaan Hafidz.

“Kalau saya kat tempat Shu, mungkin boleh bagi peluang. Kesian laa saya nampak keadaan dia (Hafidz) sekarang.”-kata Aliff kepada Shuhada

Walaubagaimanapun, Shu menyatakan bahawa cinta dan sayang adalah satu perkara yang subjektif

“Cinta dan sayang ni subjektif. Kita tak tahu cinta yang macam mana.”-Balas Shu

“Datuk Ni Kenapa Suka Jadi Kepoci Ek..”

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen dilihat mengkritik tindakan Aliff yang dikatakan ‘kepoci’ terhadap hal rumah tangga orang lain, malah ada yang menyifatkan Aliff mahu ‘tukar topik’ dari insiden pasu pecah yang masih lagi menjadi bualan hingga ke hari ini.

“Masalah sendiri tak settle lagi, dia pergi settle masalah orang lain pulak dah.”

“Datuk, bukan Datuk nak berdiam diri ke?.”

“Nak alih isu ke tu hahaha.”

“Datuk ni kenapa suka jadi kepoci ek. Dulu kes Hidayah isteri abam, skang dengan Shu pulak. ”

“Suka guna kesedihan orang untuk jadikan konten dia meniaga.”

“Sibuk juga nak tau cerita rumahtangga orang.”

Tunggu dari semalam kot bila Datuk nak bagi full statement isu pasu pecah tu kan…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.