22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Ameera Khan Ditegur Pakai Baju Rona Kulit Melekap di Badan Selepas Pulang Umrah

Melalui perkongsian di laman Instagram, personaliti media sosial Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan, 23 tahun, telah memuat naik gambar dirinya berada di Paris. Namun perkongsian tersebut telah mendapat kecaman daripada pengguna media sosial kerana Ameera tampil berpakaian seksi. Dalam gambar tersebut, Ameera memakai pakaian berona kulit yang melekap dan menampakkan sosok tubuhnya. Beliau memadankan baju turtle neck itu dengan sepasang seluar berwarna merah jambu. Difahamkan bahawa Ameera berada di Paris untuk menghadiri acara fesyen anjuran jenama terkenal, Diptyque. Meninjau ruangan komen, kebanyakan netizen tidak bersetuju dengan pakaian yang dipakai oleh Ameera. Ramai berpendapat bahawa imej yang dibawa oleh Ameera tidak sesuai kerana beliau baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah. Namun, terdapat juga netizen yang tidak bersetuju dengan individu yang memberikan komen kecaman terhadap Ameera. Mereka berpendapat bahawa tidak ada halangan untuk Ameera memuat naik apa-apa yang beliau mahu di Instagramnya. Mereka juga mengingatkan bahawa komen-komen negatif seperti itu berpotensi membawa depresi kepada seseorang. Sebagai orang yang pernah muda dan pernah membuat kesilapan, mereka berdoa agar suatu hari nanti kita semua kembali kepada fitrah. Yang penting adalah memiliki asas agama dan iman yang turun naik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.