26.3 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

‘Anak Adalah Ubat Tidur Saya’


Pempengaruh dan penyanyi rap, Caprice mendedahkan kehidupannya banyak berubah selepas kelahiran anak lelakinya, Airiel Qashaf.

Hilang semua masalah

Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice berkata, dia seakan dapat melupakan masalah apabila pulang ke rumah dan meluangkan waktu bersama Airiel.

MasyaAllah, Alhamdulillah. Rutin harian saya. Balik dari kerja, terus cari budak ni. Tak kisah betapa stress kehidupan ini, tak kisah betapa sibuk hari itu, tak kisah betapa banyak bil, gaji, overhead, kos yang kena selesaikan hujung bulan, dapat je bau si kecik ni… poof! Semua perkara dalam dunia ni hilang dan awak hanya fikir untuk luangkan masa bersama dia.

Mengulas tentang isu ‘childfree’ yang tular di media sosial, Caprice akhirnya memahami maksud anak sebagai pembawa rezeki.

Tengah kecoh di media sosial pasal trend nak kahwin tapi tak nak ada anak. Jujur guys, anak adalah rezeki.

Sebelum ada anak, Cap sendiri selalu dengar benda ni. Selepas ada anak baru lah kita faham maksud dia.

Memang betul. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, bukan sekadar wang ringgit.

Dalam pada itu, Caprice turut mendedahkan dia terpaksa mengambil ubat tidur kerana sukar untuk tidur namun semua berubah selepas anak pertamanya lahir.

Kehidupan sebelum ada anak sentiasa sibuk tak ada masa untuk rilek atau tenang. Dulu tidur pun bergantung dengan ubat tidur.

Sejak ada anak, saya jumpa keseimbangan. Dia adalah semak dan imbang saya. Dia adalah ubat tidur saya. Dia adalah kitkat saya, untuk berehat.

Untuk rekod, Caprice dan isteri, Farra Inalis mendirikan rumah tangga pada November 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Airiel Qashaf yang dilahirkan pada Mac lalu.

Farra juga mempunyai seorang cahaya mata, Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: Instagram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.