22.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Anak Menangis Nak Jumpa, Hairul Azreen Bawa Lee Zii Jia Datang Rumah

Bertuahnya Alisa Aisyah apabila bapanya yang juga pelakon Hairul Azreen menunaikan hasrat anak perempuannya itu untuk bertemu dengan pemain badminton negara iaitu Lee Zii Jia.

Menerusi video dikongskan di Instagram, Hairul memuat naik video memaparkan anaknya itu menangis kerana mahu bertemu dengan Zii Jia.

BACA: Pernah Dilayan Buruk Artis Lelaki, Hairul Azreen Tak Tergamak Tolak Peminat Ajak Bergambar

Namun apa yang mengejutkan, Zii Jia dilihat membuat kejutan berkunjung ke rumah pelakon itu dan menegur anak pelakon tersebut yang dilihat sedang duduk bersama ibunya, pelakon Hanis Zalikha.

Turut menjadi perhatian, Zii Jia juga dilihat sempat melayan Alisa untuk bermain badminton. 

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja dengan kehadiran Zii Jia ke rumah Hairul untuk bertemu dengan kanak-kanak berusia lima tahun itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.