22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

“Anda boleh saja ‘unfollow’ atau ‘unfriend’ saya ,” – Ashira

Secara tiba – tiba penyanyi , Ashira telah pengumuman bahawa dirinya mahu mengundurkan diri daripada dunia seni dan berharap agar media tidak lagi menulis sebarang cerita mengenai dirinya selepas ini.

Menerusi perkongsianya tersebut , Ashira memohon agar semua pihak menghormati keputusannya itu serta mendoakan kebaikkan buatnya dan keluarga .

Ashira atau Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, tururt menjelaskan yang dia tidak mahu lagi bertemu dengan wartawan dan mengucapkan terima kasih atas sokongan diberikan sepanjang 20 tahun penglibatannya sebagai anak seni.

“Hurm, ini yang terakhir okay. Selepas ini jangan tulis apa-apa cerita lagi tentang saya tau.”

“Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan , saya minta maaf, saya tidak mahu ditemu bual. Selamat tinggal,” katanya.

Ashira telah berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada hari ini namun hantaran tersebut dikatakan sudah dipadam dan masih belum mendapat pengesahan mengapa ianya dipadam.

Demi Masa Depan

Bekas peserta program Gegar Vaganza (GV8) tersebut turut berkongsi yang kedatangan 2023 adalah masa terbaik untuk dia memberikan fokus kepada keluarga tanpa perlu mengadapi media.

“Menuju 2023, inilah masanya. 1999-2022 adalah satu perjalanan yang mencabar dalam hidup saya. Mana yang baik saya akan semat dalam lubuh hati yang paling dalam. Saya akan simpan semua kenangan manis di lubuk hati yang paling dalam. Masa untuk menutup buku dari sekarang buat selama-lamanya.”i.

“Tolong hormati keputusan ini. Biarkan saya teruskan kehidupan bersama anak lelaki dan keluarga tanpa sebarang perhatian.

“Saya, Ashira Aziz mengundurkan diri sebagai public figure. Selamat tinggal kawan-kawan,” tulisnya.

Ashira turut memohon kemaafan kepada peminat kerana tidak dapat meneruskan perjalanan dalam dunia hiburan ini lagi dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan selama dirinya menyanyi dan menghiburkan peminat.

“Terima kasih atas sokongan terutama buat peminat saya dari dahulu sehingga sekarang. Saya mohon maaf tidak dapat meneruskan perjalanan ini.”

“Anda boleh saja ‘unfollow’ atau ‘unfriend’ saya (dalam media sosial). Bye-bye dunia tipu-tipu. Ashira Aziz ucapkan selamat tinggal,” katanya.

Sekadar info ,  Ashira berkahwin dengan ahli kumpulan Indigo , Bad pada 11 Mac 2021 namun telah berpisah secara baik pada Jun 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.