21.8 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Andrew Garfield & Tobey Maguire Tidak Akan Sertai Spider-Man 3!

Disaat peminat Spider-Man teruja untuk menantikan sekual filem terbaharu adiwira ini, mereka dikecewakan dengan khabar berita yang telah dikongsi sendiri oleh pelakon yang memegang watak Spider-Man, Tom Holland.

Tom Holland Sahkan Tiada Penglibatan Dua Pelakon Terdahulu

Menerusi temubual Holland bersama Esquire, pelakon yang telah memegang watak itu sejak 2016 menegaskan bahawa khabar angin mengenai dua pelakon adiwira ini terdahulu, Tobey Maguire dan Andrew Garfield adalah tidak benar. Dengan kenyataan tersebut, hasrat untuk melihat tiga Spider-Man beraksi dalam sekual akan datang sudah pasti tidak akan kesampaian.

“Tidak,tidak..mereka tidak akan muncul dalam filem ini”

“Melainkan mereka sembunyikan bahagian yang paling penting dari saya yang mana merupakan rahsia paling besar”

“Setakat ini, tiada. Ia akan jadi filem kesinambungan Spider-man yang telah kami jalani sebelum ini” dedah Holland

Bagaimanapun, peminat masih menganggap ia hanya sekadar konspirasi daripada Holland untuk merahsiakan perkara besar itu daripada pengetahuan peminat. Terdahulu, tular di seluruh dunia mengenai kononnya sekual akan datang bakal menyaksikan gabungan tiga Spider-Man termasuk heroin dan watak-watak jahat terdahulu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.