22.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Anzalna Nasir Menyimpan Rasa Gelisah, Enggan Berkongsi Perjalanan Hijrah

Walaupun sudah dua tahun membuat keputusan untuk berhijab, pelakon Anzalna Nasir mengakui masih bimbang tentang apa yang akan terjadi di masa depan.

Menurut laporan BH Online, Anzalna berkata dia sering berfikir tentang ujian yang akan dihadapi kerana takut hatinya akan terguncang.

“Sebenarnya saya tidak mahu berkongsi mengenai penghijrahan ini kerana saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.

“Sejujurnya, sukar untuk istiqamah selepas berhijab sejak dua tahun lalu. Namun, saya berdoa agar dapat terus berhijab selamanya. Ini adalah perkara antara saya dan Tuhan, bukan dengan manusia,” katanya.

Sementara itu, Anzalna berharap agar orang ramai dapat mendoakannya agar dapat terus menutup aurat dan berperwatakan muslimah.