29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Apam Balik Pandan Cara SIMPLE, Anak Anak Mesti Suka Makan

Pernah cuba apam balik pandan? Makan panas-panas memang layan. Bagi anda yang nak cuba buat secara homemade, resipi mudah perkongsian Seminit Resipi ini antara yang boleh dicuba.

Nak buat nipis ke, tebal ke, kacang lebih ke, semua boleh. Satu adunan ini boleh dapat dalam empat keping Apam Balik. Memang puas hati.

Kalau nak tahu cara orang dulu-dulu, bancuhannya diperbuat dari tepung gandum, soda penaik, telur ayam, santan, air dan ragi atau ibu roti.

Apam Balik ialah sejenis lempeng dan merupakan makanan ‘street food’ yang popular di Malaysia. Ia juga dipanggil dengan pelbagai nama lain, seperti Martabak Manis dan Terang Bulan.

Isi apam balik boleh berbeza daripada yang tradisional seperti kacang kisar, gula, dan jagung manis berkrim – kepada coklat dan juga keju. Ketebalan apam balik juga boleh berbeza. Ada yang bertekstur gebu dan tebal, dan ada juga yang lebih jenis crispy dan nipis.

Jom lihat bahan-bahannya. 


RESIPI APAM BALIK PANDAN

apam balik pandan

Bahan apam:

  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan gula
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 tspn baking powder
  • 1 tspn soda
  • 2 cawan tepung gandum
  • Pandan paste

Bahan filling:

  • Cheddar cheese
  • Choc rice
  • Kacang

Cara-cara penyediaan: 

1. Satukan kesemua bahan apam, kacau hingga halus.

2. Rehatkan adunan selama 15 minit.

3. Kemudian, ambil not stick pan, panaskan dengan api sederhana. Sapukan dengan sedikit butter.

4. Tuangkan adunan apam dan biarkan hingga masak.

5. Kemudian, taburkan choc rice, cheddar cheese dan jugak kacang yang telah disangai.

6. Apam sedia dihidang bersama teh panas.


Selamat mencuba resipi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.