21.5 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Asam Pedas Ikan Pari, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari

Penggemar asam pedas wajib cuba resipi asam pedas ikan pari ini pula. Cara mudah tapi dijamin akan makan nasi berpinggan-pingggan.

Selepas ini tak perlu makan di kedai, buat sendiri di rumah pasti lagi puas hati. Tambah lagi jika isteri masak untuk suami, pasti dipuji melangit!

Jika ada yang mahu mencuba, jom lihat resipi penuh seperti yang dikongsikan oleh Puan Farhana Ismail di bawah.

RESIPI ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan-bahan:

  • Ikan pari
  • Bunga kantan 
  • Daun kesum
  • Tomato

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Belacan
  • Halia
  • Lengkuas
  • 2 batang serai dititik
  • 5 sudu besar cili kisar (lebihkan jika suka pedas)
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili kisar. Masukkan serai dititik dan dan tumis sampai pecah minyak.

asam pedas ikan pari

2. Tambah air asam jawa. Tambah air mengikut kepekatan yang dimahukan.

3, Biar sudah mendidih, masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan.

4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Selepas itu masukkan tomato dan matikan api.

5. Bolehtambah bendi jika suka.

6. Selamat mencuba. Resepi mudah tapi sedap amat.

asam pedas ikan pari

Kredit resipi dan gambar: Farhana Ismail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.