30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Ayam Masak Serai, Resipi Mudah Tapi Rasa Ala-Ala Rendang

Tercari-cari resipi mudah menggunakan ayam? Apa kata jom kita cuba resepi ayam masak serai yang cukup ringkas tapi lazat dan menyelerakan ini.

Jika suka pedas, boleh tambahkan cili mengikut tahap kepedasan yang disukai. Jika dimasak untuk anak-anak, ikut saja resipi asal seperti perkongsian oleh Puan Liyana Hasan di bawah.

AdChoices
ADVERTISING

RESEPI AYAM MASAK SERAI

Bahan-bahan:

  • 4-5 ketul ayam (lumur dengan garam kunyit, goreng jangan terlalu garing dan ketepikan)
  • Asam keping
  • Garam
  • Gula
  • Santan (optional)
  • Kentang & carrot (optional)
  • Daun limau purut

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4batang serai (kalau serai besar 2 cukup dah)
  • Halia sikit
  • Lengkuas sikit
  • Serbuk kunyit
AdChoices
ADVERTISING

Nak pedas boleh kisar cili api sekali.

Cara-cara memasak:

1. Tumis bahan-bahan kisar sampai garing. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.

ayam masak serai

2. Tambah air jika terlalu kering. Letak asam keping, daun limau purut, carrot, garam dan gula secukup rasa. Boleh letak santan jika suka.

3. Akhir sekali, masukkan kentang yang sudah siap digoreng.

4. Kacau-kacau biar semua bahan mesra. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

ayam masak serai

Kredit resipi dan gambar: Liyana Hassan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.