29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

‘Bapa Wajib Tanggung Anak Dari Beranak Sampai Boleh Berdikari’


Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan tentang tanggungjawab nafkah seorang bapa terhadap anak-anak.

Tanggung nafkah anak

Menerusi perkongsian yang dimuat naik semula di TikTok, Ustaz Azhar berkata, seorang bapa wajib memberi nafkah kepada anak sejak lahir sehingga mereka boleh mencari pendapatan sendiri.

Kita wajib tanggung anak dari beranak sampailah dia boleh berdikari. Contoh umur 18 tahun dah boleh bekerja dah tak wajib dah tanggung.

Bagaimanapun, sekiranya seorang bapa dikurniakan anak Orang Kurang Upaya (OKU) maka perlu ditanggung sehingga akhir hayat mereka.

Itu anak yang sihat kalau anak yang OKU tak boleh bawa diri maksudnya tak boleh berdikari, wajib kita tanggung sampai mati.

Jadi siapa yang ada tiga orang anak OKU dia jutawan dekat akhirat nanti. Allah beri dia susah tanggung anak sampai mati.

Sumber: TikTok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.