23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Baru Empat Hari! Mael Totey The Movie Raih RM2.56 Juta Kutipan

Filem arahan pertama selebriti Youtube, Syahmi Sazli telah mencatat rekod yang mana telah meraih RM2.56 juta dalam tempoh empat hari tayangan sejak 22 Oktober lalu menerusi Astro First.

Tidak Sangka Dapat Sambutan

Ini merupakan kutipan paling tinggi di platform Astro First (first run film) setakat ini sekaligus memecah rekod terdahulu yang dipegang oleh filem Syif Malam Raya.

Penerbit dan juga Pengarah Filem Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli menerusi kenyataan berkata dia sama sekali tidak menyangka bahawa filem sulungnya ini berjaya mendapat sambutan yang luar biasa sehingga berjaya mencetuskan fenomena nya tersendiri.

“Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton, peminat, pengikut kami serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang memberi sokongan padu pada filem ini”

“Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih buat pihak Astro serta radio ERA, SINAR, ZAYAN dan terutamanya radio GEGAR yang banyak membantu dan memberi sokongan dari fasa produksi sehingga fasa promosi sekarang ini”

“Tidak dilupakan buat rakan media yang tidak putus-putus menghebahkan karya-karya saya selama ini. Saya tidak menyangka filem arahan pertama saya akan mendapat sambutan luar biasa. Fenomena yang tercetus ini memberi semangat baharu buat saya untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik.” katanya menerusi kenyataan kepada pihak Murai.my

Sinopsis Mael Totey The Movie

Mael Totey The Movie mengangkat genre drama komedi dan mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Membariskan selebriti Youtube Syahmi Sazli, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail, penyampai radio GEGAR, Ewan, serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai
lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.