30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Bawal Emas Masak Sos SUPER Sedap, Rugi Sangat Tak Cuba!

Bawal Emas Masak Sos SUPER Sedap, Rugi Sangat Tak Cuba! 

Resipi ini sangat mudah dibuat. Senang kata, masak ikan bawal masak sos ini boleh campak-campak je dah siap. Sesuai dijadikan lauk makan malam dan makan tengahari anda sekeluarga. Sehingga menjilat jari dibuatnya!

Ikan bawal perlu dilumur dengan tepung jagung, garam dan serbuk kunyit sebelum digoreng. Tekstur ikan selepas digoreng sangat garing. Siap menggoreng barulah mula menumis kuahnya.

Hidangan resipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Ina Nisa. Anda boleh ikuti resipi perkongsian beliau kalau dah tiada idea nak masak apa hari ni.

Masak Sos ini juga boleh dipedaskan jika anda suka. Tetapi resepi asal ini hanya menggunakan 1 biji tangkai cili merah sahaja. Sebab hidangan ini telah dicampurkan dengan sos cili. Cukup untuk menaikkan rasa dalam masakan je.


RESIPI BAWAL EMAS MASAK SOS

bawal emas masak sos

Bahan-bahan:

  • Ikan bawal – lumur garam kunyit kemudian goreng
  • Bawang merah – ditumbuk
  • Bawang putih – ditumbuk
  • Halia – ditumbuk
  • Serai  – diketuk
  • Cili kering – diblend
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan hiasan: 

  • Bawang besar – dipotong bulat 
  • Tomato
  • Daun bawang
  • Daun sup

Cara memasak: 

1. Tumis bahan bahan yg ditumbuk.

2. Kemudian masukkan serai yg diketuk. Dah naik bau baru masukkan cili mesin.

3. Tunggu hingga cili garing sedikit. Masukkan air agak agak nak kuah banyak mana.

4. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, gula, garam, dan serbuk perasa.

5. Dah mendidih masukkan ikan.

6. Agak dah sebati akhir skali masukkan bahan hiasan. Tutup api dan sedia untuk diletakkan ke dalam pinggan lauk.

7. Sedia untuk dihidang!


Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.