22.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Bella Astillah Terima Hadiah Skuter Elektrik Yang Dijanjikan


Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menerima hadiah sebuah skuter elektrik seperti yang dijanjikan daripada GGR Motor.

Hadiah skuter elektrik

Menerusi perkongsian di TikTok Acis Astillah, Bella kelihatan sangat teruja dan terkejut dengan hadiah yang diterima.

Motor jenis skuter elektrik berwarna kelabu itu juga tertera plat nombor pendaftaran namanya iaitu BELL4.

Alhamdulillah rezeki tak pernah salah alamat syukur pada Mu Ya Allah, dapat motor.

Terdahulu, peneraju GGR Motor, Muhammad Mussadiq Mohamed Azmi menyatakan hasrat untuk melantik Bella sebagai duta mereka sekaligus mahu menghadiahkan sebuah motor skuter elektrik kepadanya.

Dalam pada itu, Bella juga memberitahu dia sudah lama bercadang untuk membeli sebuah motosikal untuk menghantar anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean ke sekolah dan tidak menyangka dengan rezeki yang diterima.

Sumber: TikTok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.