22.7 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Bella Menang, Mahkamah Putuskan Siti Bainun Bersalah!

Setelah sekian lama rakyat Malaysia menantikan keputusan Mahkamah terhadap kes remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella yang telah dianiayai dan diabaikan oleh Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Keputusan Pihak Mahkamah Berpihak Kepada Bella

Akhirnya, keputusan mahkmah berpihak kepada Bella apabila Siti Bainun didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella.

Dipetik dari laporan berita tempatan, Hakim Mahkamah Sesyen, Izalizam Sanusi memutuskan perkara itu selepas pembelaan Siti Bainun bukan sahaja tidak boleh dipercayai dan diterima mahkamah, malah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Siti Bainun didakwa menganiaya dan mengabai remaja perempuan, Bella yang berusia 13 tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kelihatan Tenang

Menurut laporan Berita Harian, Siti Bainun dilihat memakai baju kuning dan berseluar hitam ditemani seorang wanita, memasuki lobi Mahkamah Sesyen Jenayah 7, Jalan Duta, Kuala Lumpur jam 8.20 pagi bagi mendengar keputusan sama ada dibebaskan atau disabitkan kesalahan atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat Bella. #justiceforBella

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.