23.2 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

“Belum Fikir Pengganti, Tutup Aurat Sebab Jaga Bekas Suami”

Sejak semalam perkongsian pelakon Nora Danish menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya bertudung sekaligus menjadi bualan ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nora berkata dia berpakaian menutup aurat untuk memudahkannya untuk beribadah tambahan pula dia kini menjaga bekas suaminya, Nedim Nazri di hospital.

“Saya sebenarnya mahu berkongsi tentang penampilan saya kerana ramai yang mencetuskan tanda tanya.

“Seperti semua sedia maklum, Nedim sekarang di hospital dan saya menjaganya. Jadi, saya pakai pakaian yang senang untuk terus mengerjakan solat. Dalam masa sama, saya juga mengaji. Jadi, senang untuk memakai pakaian menutup aurat,” katanya.

Sementara itu, Nora turut berkongsikan keadaan bekas suaminya yang kini dalam proses penyembuhan namun enggan berkongsi mengenai penyakit dihadapai Nedim.

“Nedim sekarang berada dalam tempoh penyembuhan. Saya tidak boleh kongsikan maklumat tentang penyakitnya. Itu adalah hal peribadi bagi pihak keluarga bekas suami,” katanya.

Dalam pada itu,  Nora menafikan dia mahu suami yang boleh mendorong ke arah lebih baik selepas berkongsikan video seorang lelaki yang mahu isterinya taat perintah Tuhan dan belum terfikir mahu mencari pengganti.

“Saya baru sahaja bercerai dan masih dalam iddah. Saya pun tidak mencari suami dalam masa terdekat. Perceraian saya pun bukan sebab mahu mengahwini orang lain. Saya tidak mahu orang berfikiran tentang itu (mahu cari suami soleh),” katanya.

SUMBER: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.