21.5 C
Malaysia
Monday, July 1, 2024

Latest Posts

“Berani Kerana Benar “,- Jep Dipuji Netizen

Hari ibu disambut setiap tahun dan sentiasa menjadi pendebatan sehingga kini kerana terdapat larangan untuk menyambut Hari Ibu tapi masih ada ramai yang menormalisasikan sambutan ini.

Sambutan hari ini dikatakan istimewa kerana pada tarikh tersebut seluruh dunia meyambut hari tersebut dan didedikasikan kepada semua ibu di dunia atas segala jasa yang telah diberikan kepada anak- anak mereka.

Rata- rata rakyat Malaysia menyambut hari tersebut dan berkongsi di media sosial tentang ucapan dan hadiah yang diberikan kepada ibu masing – masing sempena hari tersebut.

Namun pelawak dan penyampai radio popular tanah air , Jep Sepahtu telah tampil membuat teguran kepada pengikutnya sekaligus kepada semua orang tentang hukum menyambut hari tersebut.

Jep telah memuat naik sebuah video di laman sosial miliknya dengan satu perkongsian daripada pendakwah yang disegani, Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum orang Islam yang menyambut Hari Ibu.

Hukum Sambut Hari Ibu

Melalui perkongsian tersebut ,  Ustaz Azhar Idrus telah menyatakan yang haram dan berdosa besar jika seseorang individu yang beragama Islam menyambut Hari Ibu yang jatuh pada 14 Mei tersebut.

Malah meninggalkan kapsyen ringkas agar ianya memberikan manfaat kepada orang ramai tentang menyambut hari tersebut dan tidak terlalu mengikut trend sehingga merosakkan diri sendiri.

Menjengah ke ruangan komen pada hantaran tersebut , ramai netizen yang memuji keberanian Jep apabila berkongsi video tersebut dan menegur orang ramai .

Malah ada juga yang berterima kasih kepada Jep kerana berkongsi tentang perkara tersebut dan sememangnya memberikan manfaat kepda orang ramai.

Jep sememangnya sentiasa terbuka apabila berkongsi tentang hukum hakam agama dan tidak kekok atau segan berkongsi tentang perkara tersebut kepada orang ramai agar mendapat pengetahuan bersama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.