23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Biskut Mini Pretzel Cara Simple, Tinggal Celup Dan Tabur Je

Biskut Mini Pretzel Cara Simple, Tinggal Celup Dan Tabur Je. Boleh buat biskut raya cara senang guna resipi ini.

Jom ikuti cara buat dari perkongsian Cik Puan Gee Sulaiman di laman Facebook ini. Bahan yang digunakan pun tak renyah! Budak-budak pun boleh buat. Jim cuba!


RESIPI BISKUT MINI PRETZEL

bahan biskut mini pretzel

Bahan-bahan:

  • Mini pretzel – jenis unsalted
  • Dark chocolate
  • Milk chocolate
  • Cardbury

Bahan topping:

  • Biscoff
  • Oreo 
  • Coklat rice
  • Almond nib 
  • Coklat rice color

Cara penyediaan:

1. Mini pretzel, beli siap di kedai bakery atau di online. Sebungkus dalam rm16, isinya anggaran 200 keping. Tapi kalau beli baca betul-betul kalau ada tulis salt atau sea salt. Yang ini rasa masin tau biskutnya. Beli yang tak masin.

2. Bahan untuk celup, campurkan dark coklat + milk coklat + cardbury dan masak secara double boil hingga cair dan campurkan dengan minyak jagung.

3. Dah siap, boleh celupkan mini pretzel dengan coklat yang sudah dicairkan.

4. Lepas celup, letak atas loyang, tabur topping dan simpan dalam peti ais anggaran 2-3 minit untuk coklat mengeras.

5. Siap untuk disimpan dalam balang.

biskut mini pretzel


Mudah dan ringkas! Boleh buat aktiviti ini bersama dengan anak-anak. Dapat juga luangkan masa bersama mereka sambil buat biskut raya yang super senang ini.

Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.