30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Biskut Snow Nestum, Tak Perlu Bakar Tapi Tetap ‘Crunchy’ & Tak Muak!

Pejam celik Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Jika anda belum mula buat biskut raya, ada satu resipi biskut mudah yang anda boleh cuba iaitu resipi biskut snow nestum!

Resipi ini tidak menggunakan oven, jadi sesiapa yang tiada oven pun boleh cuba buat! Cara membuatnya juga sangat mudah, last minute pun sempat buat lagi.

Kalau nak tahu macam mana cara penyediaannya, jom ikuti resipi hasil perkongsian dari Saudari Farrah Emylia di bawah. Selamat mencuba!

RESEPI BISKUT SNOW NESTUM

Bahan-bahan:

  • 500g milk coin (apa-apa jenama pun boleh)
  • 500g dark coin (apa-apa jenama pun boleh)
  • 500g nestum

Bahan-bahan hiasan/salutan:

  • Chocolate compound 1kg
  • Coco butter 50g
  • Serbuk roti

Cara-cara penyediaannya:

1. Cairkan dulu coklat milk coin dan dark coin.

2. Kemudian, masukkan nestum. Tutup api dan kacau sebati.

3. Tuang ke dalam loyang dan padatkannya. Boleh terus potong mengikut kreativiti anda.

4. Masukkan loyang ke dalam peti selama 30 minit.

5. Keluarkan loyang selepas 30 minit. Kemudian patah-patahkan mengikut garis potongan tadi.

6. Cairkan chocolate compund dan coco butter menggunakan kaedah double boil. Bila dah cair, celup biskut tadi ke dalam coklat.

7. Angkat dan salutkan pula dengan serbuk roti.

8. Bila dah siap salut, biarkan sejuk selama 30 minit dan baru simpan di dalam balang kedap udara. Siap! Selamat mencuba.

Kredit resipi dan gambar: Farrah Amylia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.