21.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Blackpink Menjadi Sebahagian Daripada Filem Hotel Transylvania 4 Yang Akan Datang

Filem franchise Hotel Transylvania bahagian keempat dan terakhir akan keluar tidak lama lagi. Menariknya filem ini dikatakan dapat menarik lebih ramai peminat apabila Blackpink juga turut sama terlibat dalam filem ini.

Penampilan Menerusi Salah Satu Soundtrack Filem

Menurut Nation Rex, filem Hotel Transylvania: Transformania dapat menarik perhatian lebih ramai peminat Blackpink kerana adanya penampilan lagu ‘How You Like That’ dalam sebagai salah satu lagu dalam filem tersebut.

Penyertaan Blackpink dalam filem ini dikatakan akan memberikan impak yang besar sekaligus dapat menaikkan lagi nama filem ini.

Selena Gomez Berperanan Penting

via Filestock

Penyanyi yang pernah mengeluarkan lagu Ice Cream hasil kerjasama bersama Blackpink, Selena Gomez telah memegang watak sebagai Mavis, vampire yang berusia 126 tahun dan anak kepada watak utama Dracula yang dimainkan oleh Brian Hull.

Selena Gomez Sebagai Penerbit

via ytimg

Menurut Nation Rex, Selena juga merupakan salah seorang daripada penerbit eksekutif bersama Genndy Tartakovsky dan pastinya kolaborasi dalam filem ini akan menjadi sangat menarik untuk ditonton.

Pada Februari 2019, filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 22 Disember 2021 tetapi pada bulan April 2020, filem ini dijadualkan ditayangkan pada 6 Ogos 2021. Akhirnya pada bulan April 2021 mereka menetapkan filem ini ditayangkan pada 23 Julai 2021 oleh Sony Pictures Releasing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.