23 C
Malaysia
Tuesday, July 2, 2024

Latest Posts

Budak 10 Tahun Dirogol, Kepala Hancur Dihentak Dengan Batu Sampai Mati


Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dipercayai dirogol sebelum dibunuh dalam satu kejadian di Nerela, New Delhi di India.

Budak dibunuh, dirogol

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Indian Express, pada awalnya mangsa dilaporkan hilang pada 28 Jun lalu selepas keluar bermain. Ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan polis dan pihak berkuasa mula menjalankan operasi mencari mangsa.

Namun siapa sangka, tidak lama selepas itu orang awam menemui mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan mengerikan. Kepala mangsa telah hancur dipercayai dihentak dengan batu oleh suspek.

Bukan itu sahaja, mangsa didakwa telah dirogol oleh sekumpulan individu sebelum dibunuh. Semasa siasatan awal dijalankan, ada saksi mendakwa melihat seorang lelaki iaitu Rahul membawa mangsa ke lokasi pembunuhan.

Susulan daripada itu, Rahul bersama seorang lagi suspek, Devdutt telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber: Indian Express

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.