21.5 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Cara Buat Daging Masak Ketumbar, Resipi Mudah & Sangat Sedap!

Jom cuba resepi daging masak ketumbar yang sangat mudah dan sedap ini. Yang penting, tak perlu guna banyak bahan.

Resipi ini diperkenalkan oleh Pereka Fesyen Malaysia, Dato Rizalman yang merupakan ilham dari Permaisuri Agong Malaysia.

Ada satu lauk ini pun dah cukup, tak perlu lauk lain. Makan pula dengan nasi panas, confirm makan bertambah-tambah. Jom cuba!

RESIPI DAGING MASAK KETUMBAR

Bahan-bahan:

  • Daging
  • Serbuk kunyit
  • Biji ketumbar
  • Bawang holland
  • Cili merah
  • Kicap manis
  • Garam

Cara memasak:

1. Cuci bersih daging dan hiris nipis.

2. Kemudian, lumurkan daging dengan serbuk kunyit dan garam. Lebihkan kuantiti serbuk kunyit supaya warna daging menjadi kuning.

3. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Kemudian goreng daging sehingga garing.

4. Bila daging dah garing elok, masukkan biji ketumbar yang sudah disangai dan ditumbuk kasar.

daging masak ketumbar

5. Masukkan juga bawang holland dan cili besar yang dihiris kasar. Gaul rata dan masak sehingga bawang dan cili besar menjadi layu.

6. Letakkan sedikit kicap manis, jangan terlalu banyak.

7. Jika tidak cukup rasa masin, tambahkan lagi sedikit garam sehingga secukup rasa.

8. Semasa mahu menghidang, kaupkan daging sahaja. Kemudian ambil sedikit saja minyak dan letak ke atas daging. Selamat mencuba!

daging masak ketumbar

Kredit resipi dan gambar: Juliana Khazali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.