30.7 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Cara Buat Kerisik Homemade, Tak Berbau Hapak Macam Beli

Kerisik merupakan salah satu ramuan penting untuk menghasilkan rendang. Rupanya mudah saja cara buat kerisik sendiri di rumah, kalau beli kadang-kadang ada yang berbau ‘hapak’.

Hanya perlu menggunakan kelapa parut, kemudian goreng tanpa minyak dan dan tumbuk. Hasilnya, kerisik tidak berbau tengik dan lebih fresh.

Kalau nak tahu cara-cara penyediaan kerisik yang lengkap, jom kita sama-sama baca perkongsian oleh Nanie Sulong di bawah. Semoga bermanfaat!

CARA BUAT KERISIK HOMEMADE

Hari ni Kak Nani nak share cara buat kerisik. Mesti ada yang nak buat rendang tapi nak guna kerisik sikit je boleh buat sendiri. In sha Allah tak ada rasa hapak. Kerisik fresh minyak yang terhasil adalah dari kelapa itu sendiri.

Mula-mula dapatkan kelapa parut. Goreng tanpa minyak sampai jadi perang. Guna api sederhana supaya kelapa tak cepat hangus. Nanti pahit pula kerisik tu.

Setelah perang, tumbuk dengan lesung. Tumbuk sampai keluar minyak. Tak perlu tumbuk beria-ia sangat. Cukup sekadar tenyeh/lenyek sampai keluar minyak.

Dah siap kerisik. Boleh la buat rendang sedap-sedap walaupun tak dapat beraya kat kampung.

Kredit resipi dan gambar: Nanie Sulong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.