27 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Cara Buat Mi Kicap Homemade, Guna Mi Biasa Pun Boleh

Tiada idea nak makan malam apa? Jom cuba resepi mee kicap yang mudah dan sedap ini.

Biasanya mi wantan digunakan untuk membuat mi kicap. Namun, boleh juga digantikan dengan mi biasa. Rasanya tetap sama sedap.

Ikut saja resipi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya.

RESEPI MEE KICAP HOMEMADE

Bahan-bahan perapan:

  • Dada ayam
  • Lada sulah
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Garam

Bahan-bahan kuah kicap:

  • Minyak masak + minyak bijan
  • Bawang putih – dicincang
  • Air
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Gula perang
  • Garam
  • 2 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan air

Bahan-bahan sup:

  • Bawang putih – dicincang
  • Air
  • Fishball
  • Garam
  • Serbuk maggie
  • Daun bawang

Bahan-bahan lain:

  • Mi kering @ dried noodle @ mi wantan
  • Daun bawang
  • Cili

Cara-cara:

1. Satukan bahan perapan dan sebatikan. Perap selama 15 minit.

2. Untuk membuat kuah kicap, pertama sekali panaskan minyak masak dan sedikit minyak bijan untuk membangkikan lagi bau aromanya.

3. Kemudian tumis bawang putih sehingga warna bertukar keperangan.

4. Kemudian baru masukkan air. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram, sedikit gula perang dan garam. Seimbangkan rasa, tambah apa yang kurang.

5. Masukkan bancuhan 2 sudu makan tepung jagung.

6. Biarkan kicap mendidih seketika. Tutup api.

7. Kemudian goreng ayam yang sudah diperap tadi.

8. Cara membuat sup pula, tumis bawang putih terlebih dahulu, kemudian masukkan air dan fishball. Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa maggie. Akhir sekali taburkan daun bawang. Siap.

9. Celur sayur dan mi kering @ dried noodles.

10. Mi yang sudah siap dicelur. Aslinya perlu guna mi wantan.

11. Gaul mi yang sudah siap dicelur dengan kuah kicap tadi.

resepi mee kicap

12. Hidangkan semua bahan yang sudah siap tadi.

resepi mee kicap

13. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

resepi mee kicap

Kredit: Qasih Jue Aisya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.