29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Cara Buat Minyak Dari Kulit Ayam, Wangi & Masak Apa Pun Sedap!

Ada orang tidak menyukai kulit ayam dan terus membuangnya sewaktu sedang menyiang.

Rupanya, kulit ini boleh menghasilkan minyak yang boleh digunakan untuk apa-apa menu. Baunya juga wangi dan menjadikan masakan lebih sedap!

Bukan itu saja, ada kajian menyatakan bahawa minyak ini mengandungi khasiat tersendiri dan tidak mengakibatkan kanser sepeti yang digembar gemburkan.

Kalau nak tahu macam mana cara menghasilkan minyak dari kulit ayam, mari lihat cara yang ditunjukkan oleh Food Dida di bawah.

CARA BUAT MINYAK DARI KULIT AYAM

1. Asingkan kulit ayam daripada bahagian daging.

2. Kemudian cuci sehingga bersih supaya tiada kotoran lain termasuk sisa bulu ayam.

3. Toskan airnya terlebih dahulu dan masukkan ke dalam kuali.

4. Sentiasa kacau kulit supaya tidak melekat pada kuali. Selepas 30 minit, terdapat banyak cecair mulai keluar.

5. Selepas 1 jam, masak sehingga kulit keperangan dan garing. Minyak sudah tersedia.

6. Tapis dan asingkan kulit tadi supaya minyak dapat disimpan.

7. Kulit boleh terus dimakan manakala minyak disimpan. Anda boleh gunakan minyak ini pada apa sahaja masakan seperti sayur goreng atau bubur.

Video penuh: 

Sumber: TikTok fooddida, mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.