22.5 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Cara Buat Rempeyek Yang Rangup, Resipi Mudah Guna Sukatan Cawan

Resepi rempeyek ini sememangnya sangat mudah dan sedap untuk anda cuba. Resipi ini juga tidak menggunakan penimbang, sebaliknya menggunakan sukatan cawan. Jadi, mudah untuk anda menyukat bahan-bahan yang diperlukan.

Rempeyek yang sedap mestilah nipis dan rangup. Ianya sesuai dijadikan hidangan minum petang atau snek semasa menonton televisyen. Sedar tak sedar, dah habis makan sebalang.

Selain itu, rempeyek juga lebih sedap jika mengandungi jumlah ikan bilis dan kacang tanah dalam kuantiti yang lebih banyak. Baru lebih ‘umphh’ orang kata.

Kalau nak puas hati, apa kata jom kita cuba buat sendiri di rumah. Boleh letak ikan bilis dan kacah tanah mengikut selera masing-masing.

RESEPI REMPEYEK RANGUP MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung beras (cap gajah)
  • 1 cawan tepung ubi
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan letumbar (kisar kering)
  • 1 sudu besar jintan manis (bkisar kering)
  • 200g udang kering (kisar kering)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan santan
  • Garam secukup rasa
  • Air

Bahan-bahan lain:

Cara-cara:

1. Satukan saja semua bahan di atas.

2. Letakkan air sedikit demi sedikit. Pastikan bancuhan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.

3. Boleh mula menggoreng. Letakkan adunan secukupnya ke dalam acuan. Letakkan kacang dan ikan bilis mengikut selera.

resepi rempeyek

4. Goreng sehingga rempeyek masak. Selamat mencuba!

resepi rempeyek

Kredit resipi dan gambar: Suhada Ghads

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.