21.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Cara Buat Scrambled Egg Macam Dekat Hotel, Ikut Tips Ini

Sarapan yang ringkas dan sihat, scrambled egg antara menu jadi pilihan ramai yang dipadankan dengan roti.

Jika korang kreatif, boleh pelbagaikan variasikan scrambled egg yang korang sediakan untuk mengelakkan rasa bosan dengan rasa yang sama setiap pagi.

Jom ikut tips ini jika nak dapatkan scrambled egg sedap macam dekat hotel.

  • Antara bahan-bahan asas yang diperlukan selain telur adalah serbuk lada sulah dan lada hitam, garam halus dan mentega.

Baca juga: Cara Buat Tortilla Chips Cicah Telur Hancur, ‘Breakfast Dip’ Gitu

  • Susu dan butter adalah dua bahan wajib ada untuk menghasilkan scrambled egg yang moist dan sedap seperti korang makan di hotel.
  • Kenapa scramblend egg yang disediakan di hotel itu nampak sedap dan menggoda, tapi bila buat sendiri tak semengah hasil kejadiannya, kadang menjadi, kadang -kadang tak seperti diharapkan. Nak tak nak kenalah makan juga.
  • Sentiasa gunakan kuali non stick agar telur tidak lekat atau mudah hangus.
  • Jika ingin warna kuning cerah pada scrambled egg, masak sekejap je dan masa kacau telur tu jangan sampai berbuih ye. Bila mengeras dan masak terus angkat, jangan biar lama di atas kuali. Bimbag terlur akan keras dan kering kerana kuali masih panas.

Variasikan Scrambled Egg

bahan buat telur hancur

Untuk mengelakkan rasa bosan dengan rasa yang sama, korang boleh campurkan di dalam telur bawang Holland, cili benggala, cendawan cincang, keju, daging atau sosej.

Berikut resipi ringkas scrambled egg yang mudah.

Bahan-bahan:

4 biji telur
1/4 cangkir susu
1 sudu salted butter

Cara-caranya:

1. Campurkan telur bersama bahan lain, kacau rata.
2. Panaskan mentega dalam kuali menggunakan api sederhana.
3. Tuangkan adunan telur dalam kuali kemudian kecilkan api.
4. Apabila telur mula keras, terus kacau supaya telur tidak berketul dan masak sekata.
5. Tutup api dan scrambled egg sedia dihidangkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.