30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Cara Buat Telur Masin Homemade, Tak Sangka Mudah Je Rupanya!

Siapa suka makan telur masin, anda wajib cuba cara buat telur masin homemade di bawah ini.

Kalau buat sendiri, boleh ubah suai rasa ‘masin’ mengikut selera masing-masing.

Ada yang tidak suka bahagian putih yang terlalu masin, tak sedap katanya. Lain orang lain cita rasa.

Jadi, mari kita cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Puan Liana Ana di bawah.

CARA BUAT TELUR MASIN HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • Telur itik 10-12 biji
  • 1/2 cawan garam kasar
  • 2 sudu besar cuka
  • Air 2 cawan (ikut sukatan yang sukat garam)

Cara-cara penyediaannya:

1. Satukan garam kasar, cuka dan air dalam periuk.

2. Masak atas api sehingga garam larut.

3. Bila semuanya dah larut, tutup api dan biarkan sehingga betul-betul sejuk.

4. Kemudian barulah susun telur itik dalam bekas dan tuangkan air rebusan yang sudah disejukkan tadi.

5. Jerukkan dalam tempoh masa seminggu, tak perlu tukar air. Boleh simpan di luar atau simpan dalam peti sejuk.

Kredit resipi dan gambar: Liana Ana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.