21.5 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Cara Buat Tempoyak Tak Berkulat & Tahan Lama, Ada Petua Kalau Tak Nak Masam

Sekarang musim durian kan? Haa, eloklah buat stok tempoyak. Senang bila nak masak patin tempoyak, sambal udang tempoyak atau apa-apa masakan yang berasaskan tempoyak.

Tempoyak ni sebenarnya masam, tapi ada lebih suka rasa durian yang tak masam. Durian yang digunakan untuk membuat tempoyak juga biasanya guna durian murah atau yang isi tak sedap dimakan tapi bukan yang berulat atau dah berkulat.

Kalau kalian suka tempoyak yang tak masam, boleh ikut cara membuat tempoyak di bawah serta petua supaya tak berkulat dan tahan lama.

CARA BUAT TEMPOYAK TAK MASAM, TAHAN LAMA & TAK BERKULAT

Bahan-bahan:

  • Durian
  • Garam

Cara-cara:

  1. Asingkan durian dengan bijinya. Yang ini tempoyak masam tau. Kalau tak nak masam, selepas asingkan biji dengan isi terus simpan dalam bekas dan letak dalam peti sejuk.

  2. Masukkan di dalam penapis.

  3. Toskan dan biarkan 2 malam. Letak di luar peti ais.

  4. Masukkan garam secukupnya jangan terlalu masin. Gaul rata.

  5. Akhir sekali simpan dalam balang. Boleh letak penuh sebab gas dia dah keluar. Sebelum tutup bekas, tabur sedikit gula.cara buat tempoyak

Boleh simpan dalam peti ais atau kat luar. Selamat mencuba!

Sumber: Mayang Suri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.