26.3 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Cara Cuci Cawan ‘Berkerak’ Tanpa Guna Peluntur, Terus Nampak Macam Baru!

“Aduh.. Macam mana cara cuci cawan yang berkerak ni ya? Nak buang, sayang pula..”

Cawan kaca mahupun seramik, jika kerap digunakan pasti akan menyebabkan munculnya lapisan kerak yang sukar untuk dicuci. Jika dibiarkan begitu saja, lama kelamaan permukaan cawan akan menjadi semakin hitam.

Lapisan tersebut terhasil disebabkan oleh pewarna di dalam minuman yang dibancuh seperti kopi dan teh. Ia sangat sukar ditanggalkan jika hanya menggunakan sabun pencuci pinggan biasa. 

Rupanya ada petua yang boleh dipraktikkan untuk menghilangkan kotoran tersebut tanpa menggunakan peluntur. Hasilnya memang bersih, tapi tanpa anda sedar ia memberikan kesan yang tidak baik untuk kesihatan.

CARA CUCI CAWAN ‘BERKERAK’ TANPA PELUNTUR

Sebenarnya ada cara mudah tanpa menggunakan bahan kimia untuk mencuci kerak di dalam cawan. Apa yang anda perlukan hanyalah ‘garam’.

Berikut merupakan cara-caranya:

1. Ambil cawan atau mug yang mempunyai kesan hitam.

2. Basahkan sedikit pada permukaan yang kotor itu.

3. Taburkan garam secukupnya ke dalam cawan.

4. Kemudian gosok permukaan yang kotor menggunakan jari sehingga kotoran tertanggal.

Untuk mengetahui cara-cara lengkap, tonton video di bawah.

Kredit: Youtube Amanda Shiloh Emerson

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.