22.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Cara Masak Buah Berangan Di Rumah, Terbayang Baunya Yang Harum Semerbak!

Tahukah anda, terdapat banyak cara masak buah berangan. Ia boleh direbus, dibakar dan dikeringkan. Isinya pula boleh dimakan begitu sahaja atau dikisar menjadi tepung. Boleh juga digunakan sebagai bahan pastri, dibakar, dan sebagainya.

Buah ini dilapisi dengan kulit hijau yang berduri halus di luar, sementara kulit dalamnya berwarna coklat gelap seperti kacang. Sebelum boleh menikmati isinya, kedua-dua kulit ini perlu dikupas terlebih dahulu.

Setelah dimasak, tekturnya sama seperti kentang bakar, yang mana ianya lembut, manis dan berperisa kacang. Selain mempunyai rasa yang sedap, buah ini juga memiliki pelbagai manfaat dan khasiat untuk kesihatan.

Khasiat buah berangan adalah seperti berikut:

  • Melancarkan sistem penghadaman
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Mengawal gula dalam darah
  • Mengurangkan risiko penyakit kronik
  • Baik untuk kesihatan otak
  • Kaya dengan vitamin C
  • Kaya dengan antioksidan
  • Kaya dengan pelbagai mineral
  • Melindungi jantung
  • Mencegah skruvi

CARA MASAK BUAH BERANGAN DI RUMAH

Jika anda penggemar buah berangan dan sering membelinya, kali ini apa kata kita cuba buat sendiri di rumah. Caranya cukup mudah dan yang penting lebih jimat!

Langkah-langkah yang perlu dilakukan:

1. Panaskan kuali dengan api perlahan.

2. Masukkan buah berangan yang telah dibasuh bersih.

3. Tutup kuali selama 5 hingga 10 minit. Kacau setiap 5 hingga 10 minit supaya masak sekata.

4. Sambung tutup kuali dan ulang kacau setiap 5 hingga 10 minit.

5. Buka penutup kuali dan lihat jika sudah pecah, bermakna sudah masak.

6. Boleh angkat dan pecahkan kulit keras. Ambil isinya dan sedia untuk dimakan.

7. Mudah kan? Selamat mencuba.

Video penuh:

Sumber: Youtube Wat Ape Tuuu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.