23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Cara Masak Lala Masam Manis Yang Mengiurkan, Ratah Pun Sedap Tau!

Penggemar makanan laut wajib cuba resepi lala masam manis ini. Ratah pun sedap, apatah lagi jika dimakan dengan nasi, confirm bertambah!

Rasanya yang masam, masin, manis dan pedas pasti memikat hati sesiapa jua. Bukan itu saja, masakan ini juga mempunya aroma yang wangi tau!

Biasanya kalau teringin nak makan masakan yang menggunakan lala, kita order dekat kedai je kan? Kali ini kita cuba masak sendiri di rumah.

RESEPI LALA MASAM MANIS

Bahan-bahan:

  • Lala
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • 2 batang serai dititik
  • Cili kisar
  • Sos cili
  • Sos tiram

Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan-bahan yang telah dihiris sehingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar. Tumis sampai cili masak.

3. Bila cili dah mula garing masukkan sos cili & sos tiram. Kacau rata. Masukkan sedikit air kalau bahan tumis mula pekat.

4. Perasakan dengan sedikit garam. Jangan letak banyak, nanti masin pula.

5. Masukkan maggie cukup rasa dan sedikit gula.

6. Akhir sekali masukkan lala.

7. Gaul sebati dan renehkan sehingga lala masak.

resepi lala masam manis

8. Apabila kulit lala sudah terbuka, sedia untuk diangkat dan dihidangkan. Selamat mencuba!

resepi lala masam manis

Kredit resipi dan gambar: Rosni Musa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.