30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Cara Masak Telur Masin Guna Air Fryer Tanpa Guna Air, Cantik & Elok Hasilnya

telur masin air fryer

Telur masin merupakan lauk yang menjadi kegemaran ramai. Kalau makan nasi kerabu, tak ada telur masin ni memang tak lengkap hidangan.

Biasanya bila nak masak telur masin, kita rebus telur tersebut kan? Selain dari rebus, rupanya boleh juga masak telur masin guna air fryer.

Memang dijamin lagi senang kalau guna air fryer, tak perlu elak air pun. Tinggal letak saja telur dalam bekas yang sedia ada dalam air fryer itu.

Nak cuba? Jom ikut cara-cara yang dikongsikan oleh Fatimah Salim di bawah.

CARA MASAK TELUR MASIN GUNA AIR FRYER

Telur masin masak dalam penggoreng elektronik (airfryer). Cantik kan kejadiannya?

Mudah saja tetapannya:

  • Suhu: 110 degree Celsius
  • Masa: 15 minit

Tips tambahan:

  • Masak tanpa air (saya masukkan dalam loyang tersedia)
  • Elakkan suhu tinggi, kerana telur boleh pecah dan meletup

Selamat mencuba!

Kredit: Fatimah Salim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.