25.9 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Cara Pilih Buah Avokado, Elak Terbeli Yang Ranum & Rosak

Buah avokado mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan kita. Antaranya adalah boleh mencantikkan kulit, mengawal tekanan darah, membantu mengekalkan kesihatan jantung dan kaya dengan vitamin.

Namun begitu, penting untuk ketahui cara memilih buah avokado yang betul semasa membelinya. Jika salah beli, buah akan terlebih masak dan rosak. Akhirnya dibuang begitu sahaja, membazir bukan?

Oleh itu, jom MyResipi kongsikan tip membeli buah avokado yang betul seperti di bawah. Semoga bermanfaat!

CARA PILIH BUAH AVOKADO

1. Lihat warna kulit

Perkara pertama yang perlu diperhatikan semasa membeli buah avokado adalah melihat pada warna kulitnya.

Avokado yang matang biasanya berwarna hampir kehitaman. Jika mahu digunakan secepat mungkin, boleh memilih buah yang berwarna gelap ini.

Namun begitu, jika tidak mahu memakannya dengan segera, pilih yang berkulit masih hijau.

2. Picit avokado

Selain melihat pada warna kulit, anda juga boleh memicit avokado untuk memeriksa sama ada masih muda atau sudah masak ranum.

Letak di atas tapak tangan dan tekan dengan perlahan. Jika masih keras, itu bermakna buah belum masak dengan sempurna.

3. Perisa tekstur kulit

Selain memerhati pada warna kulit, anda juga boleh memeriksa teksturnya. Jika kulit buah ada lekukan yang besar, kemungkinan ia sudah lebam. Oleh itu, pilih kulitnya yang sedikit keras.

4. Perhati bahagian tangkai

Bagi memilih avokado yang sudah masak ranum dan isinya berkrim, kopek hujung tangkai di bahagian atas.

Jika kawasan di bawahnya itu berwarna coklat, ia sesuai untuk dibeli. Jika berwarna coklat, ia sudah terlalu masak.

Sumber: Sinarplus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.